Tuesday, February 9, 2010

5-0...t.k.o bro...

syukur alhamdulillah...
doa dan usaha dr zambry, umno perak dan b.n perak yang istiqamah dan terus berjuang walaupun dihadap dengan pelbagai ancaman dan ugutan dari komunis2 baru telah berjaya..

tahniah dan syabas juga diucapkan kepada barisan peguam yang membantu dalam kes ini..dan pada barisan hakim yang telah jelas dengan penghakiman mereka..tahniah kerana menegakkan keadilan dan tidak takut pada ugutan para komunis ini...

dr zambry..ingatlah dengan mandat ini saudara harus terus berjuang untuk rakyat..tawan hati dan perasaan mereka dengan apa saja cara sekalipun..jangan beri peluang langsung pada para komunis ini meraih simpati dari rakyat..

perjuangan harus diteruskan!! kami diselangor sentiasa mendoakan kesejahteraan saudara2 di perak..

Wednesday, February 3, 2010

pulau ketam...


semalam 3 februari 2010 pihak pejabat pendaftaran telah turun ke pulau ketam bagi menjalankan aktiviti permohonan mykad pada penduduk2 di kawasan itu..

sesi temuduga dan ujian dijalankan ke atas semua pemohon2 ini..inisiatif ini telah digerakkan oleh pihak mca parlimen kapar..seramai 184 pemohon terlibat dalam sesi kali ini..

sebelum ini sesi sebegini juga pernah dijalankan oleh pihak pejabat pendafatarn di dewan hamzah klang untuk masyarakat india yang digerakkan oleh mic kapar..

tapi apa yang ingin saya tegaskan dalam posting kali ini ialah sikap kedua2 kelompok ini..masyarakat di pulau ketam ini telah banyak menerima nikmat dari pihak kerajaan negeri b.n sewaktu memerintah dahulu..puluhan juta telah dihabiskan untuk menaik taraf hidup mereka..tetapi pada pru12 march 2008 dahulu satu tsunami telah melanda..

kesemua peti undi bagi dun selat klang kawasan pulau ketam telah dimenangi oleh pas..dimana silapnya??? nak dikatakan mereka tidak diberi perhatian sebelum pru 12 mereka telah diberi nikmat terbaru apabila projek kabel elektrik dasar laut bernilai 200 juta telah dimulakan untuk mereka..

projek bekaln air bersih juga telah lama direalisasikan di bawah pemerintahan b.n dan umno..apalagi yang mereka mahu??? bagi saya mereka telah lupa jasa baik umno dan b.n pada mereka sehingga mereka hanyut dibuai hasutan pakatan haram..

pun begitu mereka masih tidak dibiarkan oleh b.n..contoh terbaik ialah aktiviti pemerolehan mykad semalam yang di gerakkan oleh mca..kalau betul pakatan haram ingin menegakkan negeri kebajikan mengapa mereka tidak mengerakkan aktiviti ini lebih awal..

sedarlah wahai rakyat negeri selangor..apa yang dilakukan oleh pihak pakatan haram hanyalah retorik semata2..jika adapun hanya sekadar ingin memperoleh publisiti sahaja..

Sunday, January 31, 2010

buku...

salam..

posting ini saya tuju pada pemimpin2 dan pemikir2 dalam umno..
ingin saya bertanya mengapa begitu kurang sekali karya tulisan dari pihak umno ataupun pro umno yang berada di pasaran..sedangkan di pihak pembangkang terutama sekali pas dan dap punyai begitu banyak sekali hasil penulisan..

ini adalah realiti..jika kita jenguk di kedai2 buku..karya memuja dan memuji nik aziz si tok nujum saja sudah punyai puluhan judul..karya dari isterinya juga turut terjual..dari dap kita ada hasil karya dari lim kit siang dan guan eng..dari pkr kita ada zaid ibrahim..

perlu kita ingat senario politik yang mereka gambarkan dalam buku ini bukan hanya dibaca oleh rakyat malaysia sahaja..ia akan turut dibaca oleh orang luar..secara tidak langsung memberi gambaran buruk terhadap umno dan bn..

karya2 ringan seperti "memoir jihad anak melayu di afghanistan" karya zainon ismail atau cikgu non ini walapun pada tajuknya tidak menunjukkan sebarang bias politik tapi apabila di baca isinya menunjukkan bahawa hanya pas sahaja yang memperjuangkan islam dibumi melayu ini..dan umno dipotretkan sebagai kerajaan sekular yang kejam..

harapan saya ialah pemikir2 umno dan pemimpin2 umno sedar akan realiti ini..

Monday, January 18, 2010

AL-FATIHAH

buat saudara lokman nor adam yang ibunya kembali ke rahmatullah pagi tadi...

Thursday, November 26, 2009

ANAK CINA DAN ANAK INDIA......

di malaysia bumi bertuah kita ni banyak benda pelik dah berlaku...
macam sejadah berdiri kat bukit mertajam aritu..
tapi kali ini aku bukan nak cerita pasal benda tu..
nak cerita sikit pasal perangai pelik rakyat malaysia sekarang ni..

benda yang aku nak ceritakan ialah kisah muda mudi hari ini..
kalau anak melayu dengan rempit,bohsia dan bohjan..
anak cina dengan ecstasy dan lagu serta video klip mengarut..
anak india dengan geng rompak dan macam-macam geng lagilah..
tapi nasib mereka berbeza..
satu dihina..dituduh punca segala masalah..dan minta dihapus..
manakala yang dua lagi yang memang terang lagi bersuluh mencetus masalah dibela..

kenapa aku cakap macam tu..
seringkali kita lihat anak-anak melayu bermotorsikal digelar mat rempit..
dituduh punca segala masalah di mana saja..
cukup ditakuti dan di momokkan di akhbar2 cina dengan macam-macam hal..
golongan ini dihentam dan dihina dengan terok sekali..
secara halus penghinaan ini sebenarnya ditujukan pada bangsa kita bangsa melayu..
antara kita sedar atau tidak..
itulah yang terjadi..
pabila kerajaan atau lebih tepat lagi umno melancarkan kempen untuk membawa mereka kembali ke pangkal jalan melalui biro putera macam cercaan diterima oleh umno..
menghabiskan duit rakyat dan pelbagai lagi tuduhan yang dilemparkan..
apakah salah jika kita mengorak langkah membantu anak bangsa untuk berjaya?

nasib untuk dua golongan lagi nampak berbeza..
si anak cina yang suka menerbit lagu dan video mengutuk agama, bangsa dan negara di angkat menjadi hero bangsa...
hak asasi kata mereka..
sedangkan terang si anak cina itu menghina, mencaci dan mengutuk agama islam dan bangsa melayu..
dalam video terbarunya dia mengutuk pula TNB..
saya sebagai seorang yang terbabit dalam bidang kejuruteraan amat memahami masalah yang dihadapi TNB..
tapi mangkuk ayun ni sengaja mencari masalah..
kita tahu yang majoriti tenaga kerja TNB adalah orang melayu..
dan dalam video terbabit semua yang bertugas ialah orang melayu..
secara halus siapa yang dihina oleh si anak cina ini kalau bukan orang melayu..
siapa yang rasis agaknya ya..

dalam hal si anak india pula..
polis dituduh dengan gembira membunuh muda mudi india..
tapi adakah polis salah dalam hal ini..
cuba anda letakkan diri anda di tempat anggota polis terbabit..
apabila lima orang mara ke arah anda dengan parang dan pistol adakah anda ingin berdiam diri???
polis hanya menjalankan tugas mereka dalam melakukan pemeriksaan dan kawalan..
tapi apa yang terjadi hari ini polis disalahkan dalam segala hal..
sekali lagi majoriti anggota polis ialah...melayu...
siapa yang terhina dalam hal ini..melayu..

mungkin aku akan dikatakan rasis dalam posting ini..
tapi jika untuk membela agama,bangsa dan tanah airku memerlukan aku menjadi rasis..
aku akan menjadi rasis..

~salam~

salam aidil adha untuk semua...




dah lame tak menulis...
dah penuh ddengan semak samun blog aku ni...
lame menghilang bukan malas menulis..
tapi pergi bertapa mencari ilmu..

anyway..
selamat menyambut aidil adha pada semua..
moga pengorbanan anda semua di berkati ALLAH.. ~amin~

Tuesday, September 29, 2009

aidilfitri 2009






salam..
lebaran kali ini agak lain sikit..
dah mula kijew kan..
macam biase raya pertama di klang..
kemudian beraya di alor gajah melaka..
then with some kawan2 shoot di open house TUN DR MAHATHIR di seri kembangan..