Saturday, August 22, 2009
mahfuz :intergriti????
apabila seseorang itu ingin menjadi pemimpin beliau perlu menunjukkan contoh dan tauladan yang baik..
tidak kira menjadi pemimpin masyarakat mahupun keluarga..
apa yang aku nak tulis hari ini ialah tentang saudara mahfuz kita ini..
bagaimana beliau diangkat menjadi pemimpin pun aku tak tahu..
sedangkan menjadi pemimpin keluarga pun gagal..
sebab ape aku kata begitu..
sebelum ini heboh orang berkata tentang mahfuz ni sering berulang alik kesebuah penjara di alor setar..
dan apabila wartawan bertanya..beliau menjawab penjara itu berada di kawasannya dan menjadi tanggunjawab beliau untuk melawat..
sebenarnya bukan dia melawat atas sebab dia ni adun ke ape..
dah anak sendiri meringkuk dalam penjara tu..
nak buat macam mane..
anak mahfuz ni talah disabitkan kesalahan menghisap dan mengedar dadah..
ini ke contoh sebuah keluarga isalam yang nak dibawa hamPAS..
ayah sibuk nak membetulkan rumah tangga orang lain..
anak kat rumah berterabur..
so pada juak2 hamPAS yang maksum tu..
sebelum anda mengkritik dan memfitnah orang lain..
tengok dulu laman sendiri..
DIGI CARIK HAL..
Baru-baru ini syarikat telekomunikasi yang telah lama bertapak di negara ini melancarkan iklan barunya di setiap rangkaian tv Malaysia. Iklan baru itu tidak perlulah saya nyatakan, terasa seperti ada yang tidak kena dengan iklan Digi kali ini. Apakah mereka bersekongkol dengan Pakatan Rakyat atau cuma kebetulan?
Iklan yang mengambarkan RM1 dilanggar dengan kereta dan dibelasah sehingga jatuh menyembah lantai bumi. Tertanya-tanya juga saya apakah motif iklan Digi ini? Nak mempersendakan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Dato Seri Najib?? Apakah motif sebenar mereka? Kenapa harus gunakan simbol angka 1 untuk iklan mereka? Ketandusan idea atau sebaliknya?
Kepada Digi, sila berikan penjelasan mengenai perkara ini sebelum rakyat mulai memboikot product anda. Jangan timbulkan kekeliruan dikalangan pengguna Digi.
Komen yanggambi ;
Datuk Seri Najib Razak telah mengemukakan konsep ‘1 Malaysia’ dengan slogan “Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan” pada 3 April 2009 yang lalu.
Datuk Seri Najib Razak juga memberi penjelasan bahawa konsep 1 Malaysia ciptaannya tidak sama dengan konsep “Malaysian Malaysia” yang pernah diwar-warkan oleh DAP pada tahun 1960-an dahulu.
1 Malaysia bererti rakyat Malaysia berdiri, berfikir dan bertindak sebagai Bangsa Malaysia dengan mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara.
1 Malaysia bukan bererti kerajaan pimpinan Dato’ Sri Najib mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.
Kesimpulannya ;
Apakah masih dikalangan rakyat Malaysia yang masih tidak faham pengertian konsep 1 Malaysia ?
ATAU
Ada di kalangan rakyat Malaysia yang sengaja memutar belit pengertian konsep 1 Malaysia ?
Tidak dinafikan, masih ada rakyat Malaysia yang masih kurang mengerti dengan konsep 1 Malaysia, sama ada mereka ini masih belum diberi kefahaman atau sengaja tidak ambil tahu atau sengaja diputar belit atau masih tidak yakin dengan konsep 1 Malaysia.
Walau apa pun penilaian kita terhadap rakyat Malaysia yang mempeunyai sikap sedemikian, kawan sependapat dengan tulisan dari bolog Media Cyber hari ini.
Pada pendapat kawan, DIGI tidak sepatutnya membuat iklan seolah-olah mempersendakan slogan 1 Malaysia yang telah diideakan oleh Dato’ Sri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia.
Walau apa pun mungkin alasan yang diberi DIGI kepada iklan syarikatnya, kawan tetap berpendapat DIGI sengaja tidak menghurmati serta mempersendakan konsep 1 Malaysia.
Kawan tetap membantah iklan DIGI sebegini dan mendesak agar syarikattelekomunikasi ini menarik balik iklan ini serta memohon maaf dengan Dato’ Sri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.
Kepada sahabat-sahabat yang sependapat dengan kawan, sila beri sokongan membuat bantahan ke atas DIGI ini………….
‘1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’
SUMBER : YANG GAMBI
Friday, August 21, 2009
RAMADHAN BULAN MULIA TAPI ????
hamPAS memulakan ramadhan kali ini dengan atu amalan yang cukup mereka suka..
menabur fitnah, merosakkan hubungan orang lain dan gembira melihat penderitaan orang lain..
terbaru mamat yang serban dia lagi hebat dari bengali jual roti yang gambarnya ada kat atas tu telah menyerang rumah tangga calon BN prk permatang pasir..
rumah tangga saudara rohaizat yang selama ini aman telah diserang apabila mamat labai capuk ni mendedahkan yang rohaizat beristeri dua..
saya nak tanye pada lebai capuk ni..salahkah dari segi syarak rohaizat beristeri dua..
bukankah berlambak dalam hamPAS lebai2 malang yang beristeri lebih dari satu..malah sebelum ini heboh kes salah seorang bekas isteri adun hamPAS menuntut lebih 3juta dari ekas suaminya itu..
itulah dia sikap hamPAS ini..dah takde idea yang membina..fitnah dilempar dah terkena batang hidung sendiri maka rumah tangga orang diserang..
entah imam murtad mana yang mengajar mamat ni aku pun tak tahu..
pada dia aku harap dia meminta maaf dari saudara rohaizat kita..
dia perlu di ingatkan yang dirinya tu bukan maksum..
jangan ingat hujung nama dia macam nama imam besar dia boleh lepas..
p/s:credit to rbf for the picture
Thursday, August 20, 2009
'surat ajaib'
surat rahsia yang diterima oleh peguam keluarga TBH yang memaksa inkues dihentikan telah tiba2 muncul dalam beberapa laman web propakatan haram...
kemunculan surat ini amatlah meragukan apalagi ianya dikatakan di tulis oleh orang dalam MACC sendiri..
antara isi kandunganya ialah seorang pegawai tinggi MACC terbabit dalam kes tersebut dan turut terlibat ilah seorang pemimpin tertinggi BN selangor..
pegawai terbabit dikatakan melindungi pemimpin BN terbabit dan sebagai balasan ia menerima habuan ribuan ringgit..
hmm..kalau kita teliti plot cerita sandiwara terbaru ini macam skrip lama yang di ulangi semula..siapa lagi dalangnya kalau bukan raja petra (RPK)..
sebaik sahaja isu surat ini timbul dan mahkamah mengarahkan isi kandunganya dirahsiakan surat tersebut secara automatik muncul di laman web beliau..
perkara ini kalau kita lihat telah digunakan beliau beberapa kali sebelum ini..
ia cara beliau mengugut pihak kerajaan dan mahkamah supaya kes ini memihak pada proksi mereka..
sampai bila kita harus membenarkan perkara ini berterusan..RPK perlu dihadapkan ke mahkamah dengan apa cara sekalipon..
sandiwara pas di permatang pasir...
hmm..sandiwara hamPAS di permatang pasir terbongkar..
dari sumber2 yang telah disahkan calon hamPAS ni pernah mengelapkan duit yang dikumpul untuk prk permatang pauh dulu..jumlah yang di ketahui setakat ini adalah sebanyak rm60,000...itu yang kita ketahui..macam mane pulak dengan jumlah yang kita tak ketahui..
semua orang tahu..tiap kali ceramah hamPAS diadakan pasti ada kutipan derma dilakukan..kononye untuk jihad..tapi pernah ke di audit ke mana perginya semua duit tu..betul ke ia sampai ke tangan orang yang benar2 memerlukan..
satu kisah benar yang saya sendiri lalui..saya bertemu dengan seorang mak cik di sebuah perhentian bas di bandar klang..dia menangis teresak2..saya bertanyakan kenapa..katanya dia baru pulang dari pejabat majlis perbandaran klang..tujuan dia kesana untuk bertemu dengan ahli majlis dari parti pas..untuk memohon belas ehsan agar mungkin dapat dia memohon bantuan kewangan untuk keluarganya..mak cik ni boleh dikategorikan dari golongan miskin tegar..dia memberitahu pada saya yang ahli majlis dari parti hamPAS ni memperlakukan dia seperti haiwan..katanya mamat sekor ni mencampakkan duit rm2 padanya dan meminta dia pergi dari situ..alagkah sedih dan hancurnya hati mak cik ni diperlakukan begitu..
apa inikah sikap ahli hamPAS yang dijanjikan syurga oleh tok nujum nicky jeez..
inikah islam sebenar yang di banggakan oleh ahli nujum nicky jeez..
kita fikir2kan sendiri..
Wednesday, August 19, 2009
kepimpinan khalid gagap ditolak ditempat sendiri
KUALA SELANGOR – Sebahagian ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor melahirkan rasa tidak berpuas hati mereka terhadap corak kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Ketua Cabang PKR berkenaan.
Ekoran tidak kepuasan hati itu, mereka bertindak menggantung sepanduk di sekitar daerah ini bagi menggesa beliau meletakkan jawatan.
Beberapa sepanduk ‘Katakan tidak kepada Khalid’ mula digantung kira-kira jam 1 pagi semalam oleh sebahagian ahli PKR di sekitar kawasan Assam Jawa dan Kuala Selangor.
Menurut sumber dalam PKR Cabang berkenaan, tindakan menggantung sepanduk tersebut disebabkan ketidakpuasan hati mereka terhadap pentadbiran Abdul Khalid yang menerajui PKR Kuala Selangor.
“Pentadbiran Khalid yang bercorak korporat tidak dapat memberi kesenangan dan menyelesaikan masalah rakyat negeri ini terutamanya di Kuala Selangor, banyak masalah rakyat yang tidak dapat diselesaikan dan rakyat terpaksa menanggung penderitaan,” katanya.
Sinar Harian difahamkan sebelum ini, satu mesyuarat dan memorandum undi tidak percaya telah diadakan untuk menggugurkan Abdul Khalid daripada jawatannya sebagai Ketua Cabang Kuala Selangor.
Berdasarkan sumber berkenaan, Abdul Khalid digugurkan kerana dilihat tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin yang berwibawa apabila tidak mengadakan mesyuarat sehingga lapan bulan serta melanggar kebanyakan perlembagaan parti.
Dalam mesyuarat berkenaan, majoriti daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang telah menandatangani persetujuan untuk menggugurkan beliau.
Sehubungan itu, mereka bertindak menggantung sepanduk berkenaan bagi menggesa Abdul Khalid melepaskan kesemua jawatannya termasuk sebagai Menteri Besar.
sumber - sinar harian, 19 Ogos 2009
Monday, August 17, 2009
nick jeez keluar fatwa lagi...
pujaan hati pengikut pas nampaknye keluarkan fatwa baru lagi..
kali ini pasal islam umno dan islam pas..
menurutnya islam yang dibawa umno tak akan membawa ke syurga..
memanglah tak akan membawa ke syurga wahai tok nujum..
yang kita bawa bila mati nanti hanya amalan kebaikkan kita di dunia ni..
bukan parti yang kita bawa masuk kubur...
satu lagi yang saye nak tanye..
ape sume orang dalam pas tu maksum ke sampai nicky jeez boleh jamin masuk syurga..
sudah2 lah wahai tok nujum nicky jeez..
bersara lah anda dari membuat kenyataan2 yang mengarut..
bawak2lah bertaubat...
Subscribe to:
Posts (Atom)