Baru-baru ini syarikat telekomunikasi yang telah lama bertapak di negara ini melancarkan iklan barunya di setiap rangkaian tv Malaysia. Iklan baru itu tidak perlulah saya nyatakan, terasa seperti ada yang tidak kena dengan iklan Digi kali ini. Apakah mereka bersekongkol dengan Pakatan Rakyat atau cuma kebetulan?
Iklan yang mengambarkan RM1 dilanggar dengan kereta dan dibelasah sehingga jatuh menyembah lantai bumi. Tertanya-tanya juga saya apakah motif iklan Digi ini? Nak mempersendakan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Dato Seri Najib?? Apakah motif sebenar mereka? Kenapa harus gunakan simbol angka 1 untuk iklan mereka? Ketandusan idea atau sebaliknya?
Kepada Digi, sila berikan penjelasan mengenai perkara ini sebelum rakyat mulai memboikot product anda. Jangan timbulkan kekeliruan dikalangan pengguna Digi.
Komen yanggambi ;
Datuk Seri Najib Razak telah mengemukakan konsep ‘1 Malaysia’ dengan slogan “Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan” pada 3 April 2009 yang lalu.
Datuk Seri Najib Razak juga memberi penjelasan bahawa konsep 1 Malaysia ciptaannya tidak sama dengan konsep “Malaysian Malaysia” yang pernah diwar-warkan oleh DAP pada tahun 1960-an dahulu.
1 Malaysia bererti rakyat Malaysia berdiri, berfikir dan bertindak sebagai Bangsa Malaysia dengan mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara.
1 Malaysia bukan bererti kerajaan pimpinan Dato’ Sri Najib mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.
Kesimpulannya ;
Apakah masih dikalangan rakyat Malaysia yang masih tidak faham pengertian konsep 1 Malaysia ?
ATAU
Ada di kalangan rakyat Malaysia yang sengaja memutar belit pengertian konsep 1 Malaysia ?
Tidak dinafikan, masih ada rakyat Malaysia yang masih kurang mengerti dengan konsep 1 Malaysia, sama ada mereka ini masih belum diberi kefahaman atau sengaja tidak ambil tahu atau sengaja diputar belit atau masih tidak yakin dengan konsep 1 Malaysia.
Walau apa pun penilaian kita terhadap rakyat Malaysia yang mempeunyai sikap sedemikian, kawan sependapat dengan tulisan dari bolog Media Cyber hari ini.
Pada pendapat kawan, DIGI tidak sepatutnya membuat iklan seolah-olah mempersendakan slogan 1 Malaysia yang telah diideakan oleh Dato’ Sri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia.
Walau apa pun mungkin alasan yang diberi DIGI kepada iklan syarikatnya, kawan tetap berpendapat DIGI sengaja tidak menghurmati serta mempersendakan konsep 1 Malaysia.
Kawan tetap membantah iklan DIGI sebegini dan mendesak agar syarikattelekomunikasi ini menarik balik iklan ini serta memohon maaf dengan Dato’ Sri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.
Kepada sahabat-sahabat yang sependapat dengan kawan, sila beri sokongan membuat bantahan ke atas DIGI ini………….
‘1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’
SUMBER : YANG GAMBI
No comments:
Post a Comment