Friday, May 28, 2010

dia dah kembali...

macam plot drama swasta pulak aku tengok..
punyalah dia bantai dan kutuk macam2 aritu alih2 malam tadi dia minta maaf plak..
anyway dia minta maaf atas tekanan orang lain atau keikhlasan beliau sendiri itu kita tidak tahu..

anyway aku tetap menyokong gerakan anti samy..
dia masih lialibiliti pada BN..
a message for you mr samy..
please go like a gentleman..
dont shame yourself lah bro...

Wednesday, May 26, 2010

bila kaduk naik junjung...


benarlah kata peribahasa orang melayu..
hari ini kita dah nampak secara terang lagi bersuluh..
masa dia susah kitalah tempat dia bergantung..
bila dah senang kita yang dicemuh..

septutnya selepas pru12 2008 lagi simangkuk idong besor rambut palsu ni dah blah..
tapi disebabkan oleh perasaan bodoh sombong dan kaki kipas yang dok keliling sampai sekarang dia dok lagi kat situ..
sudah jelas permasalahan kaum india yang banyak berpunca dari sikap beliau sendiri yang tak mengambil pusing permintaan rakyat..
kalau tidak takkan dia kalah kat kubu kuat dia sendiri di perak tu..

anak dia yang tak sedar diri tu pulak sedap2 mulut tuduh umno nak jatuhkan bapak dia..
umno tak payah buat semua tu sebab orang india sendiri dah buat..
tubuhnya IPF, PPP dan terbaru MAKKHAL SAKTHI semuanya adalah hasil terjemahan atau luahan tidak puas hati mereka pada si samy vellu ni..
dan anak dia pulak kata umno sebagai 'political assasin'..
sebenarnya bapak ko tu lah 'political assasin' sebenar..
lihat saja berapa ramai orang2 kanan dalam mic yang tidak sehaluan dengan beliau dipecat dengan begitu mudah sekali..

aku jugak nak dia ingat..
yang dia menang di hulu selangor itu hari atas sebab undi melayu..
kaum india tak kembali pada mic sebenarnya..
tapi mereka kembali pada bn..
kerana datuk seri najib dan juga kerana usaha2 parti komponen yang lain..
kalau dia dok letak calon yang dia nak tu dah lame dah mic lingkup kat situ..
gamba kat atas tu kredit pada saudara RBF..
sori bro aku pinjam gambo ok..

Sunday, May 23, 2010

PERINGATAN BAGI BANGSA MELAYU DI SELANGOR!

maklumat terbaru yang saya dapat dari pegawai JASA ialah bilangan pengundi berdaftar berbangsa melayu dinegeri selangor telah menurun dari 51% kepada 49%. penurunan yang cukup banyak kalau dikira dari jangkamasa pru yang lepas.

oleh itu adalah diharapkan agar orang-orang melayu terutama sekali generasi muda untuk berdaftar dengan pihak S.P.R. janganlah kerana sikap acuh tak acuh kita tanah dan negeri tergadai.

ulang tahun parti keramat umno yang ke 64



syukur ke hadrat ilahi, tanggal 11 mei 2010, parti keramat bagi bangsa melayu di bumi bertuah ini genap 64 tahun.

pertubuhan kebangsaan melayu bersatu atau united malay national organisaion (UMNO)diberi nama. nama keramat yang terus gah di hati bangsa melayu.nama yang telah memperjuangkan kemerdekaan dari penjajahan. nama yang telah memperjuangkan hak dan keistimewaan bangsa melayu, nama yang telah bangkit mempertahankan raja-raja melayu. nama ini jugalah yang meniupkan semangat nasionalis ke dalam jiwa anak-anak melayu untuk bangkit membangunkan bangsanya yang telah dilemahkan mindanya oleh penjajah untuk ratusan tahun. nama inilah yang telah banyak berjasa untuk agama, bangsa dan tanah airku..

namun kini..bangsaku sendiri menghina parti keramat ini. pelbagai cercaan dan hinaan dilemparkan. lebih hina lagi mereka ini datangnya dari hasil usaha parti keramat ini. anwar ibrahim, zaid ibrahim dan khalid ibrahim..antara 3 nama besar yang acap kali menghina parti keramat bangsa melayu ini. kekayaan dan kemashyuran mereka ini diperolehi semasa mereka didalam umno. namun semua itu sudah dilupai..umpama kacang lupakan kulit..demi kepentingan individu, celaan dan fitnah disebarkan untuk menjatuhkan parti keramat ini.

sedih..aku sedih melihat ramai anak muda bangsaku yang buta sejarah. malu untuk menyokong parti keramat melayu ini. mereka lebih percayakan kata-kata si homoseksual, si pelacur agama dan si tok nujum nyanyuk dari kelantan. sampai bila ini harus terus berlaku.

sedar dan bangkitlah bangsaku dari lena. parti keramatmu dihimpit oleh anasir mata sepet yang teru-terusan ingin menjatuhkan kedaulatang bangsamu sejak dari zaman kesultanan melaka lagi. rapatkanlah barisan. ingatkanlah perjuangan alif, baa dan taa..sumpah setia, sumpah keramat bangsaku..

PERSIDANGAN UMNO CAW TMN TELUK PULAI, DUN SELAT KLANG





alhamdulillah..
petang tadi tepat jam 3 semua sayap umno cawangan taman teluk pulai dalam dun selat klang telah selamat bersidang. ia diikuti dengan persidangan cawangan yang bermula jam 4.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang.

kehadiran hampir 60 orang ahli dari semua sayap cukup memeriahkan suasana persidangan. persidangan turut dihadiri oleh saudara khairil sebagai pemerhati bahgian, dato hj faizal abdullah ( timb. ketua umno bahgian kapar), datin salmah yahya ( timb. penyelaras wanita umno parlimen kapar).

sepanjang persidangan peringatan diberi oleh semua wakil2, ketua2 sayap dan ketua cawangan agar semua ahli tidak leka dengan momentum yang diperolehi oleh umno sekarang. harus diingat yang negeri selangor masih ditadbir oleh pakatan rakyat. oleh itu semua ahli diminta untuk mengembleng usaha, tenaga dan ikhtiar agar perjuangan untuk Islam, Melayu dan Malaysia terus mekar.