Friday, March 25, 2011

usrah :atas nama agama atau politik..



usrah..ada yang berkata ia membawa makna keluarga..ada pula yang mentafsirkanya sebagai perbincangan dalam kumpulan.walau macam mana sekalipun tafsiranya ia adalah perkumpulan sahabat yang berbincang mengenai sesuatu perkara.

namun begitu sejak muktahir ini perkumpulan usrah telah disalah gunakan oleh sekumpulan makhluk Allah yang menderita penyakit lupa yang kronik.kenapa saya kata mereka ini menderita penyakit lupa yang kronik..kerana mereka inilah yang dahulunya mengharamkan kerjasama umno dan komponen lain dalam barisan nasional namun hari ini makhluk2 lupa diri ini sanggup mati demi mempertahankan ahzab malaya.

berbalik pada isu usrah ini tadi, dari maklumat yang diperolehi dari sumber2 dalaman..makhluk2 pelupa ini telah mengerakkan kader2 mereka di hampir semua ipta dinegara kita. perkara ini bukan lagi rahsia. ia berlaku secara terang2 tanpa tindakan oleh kerajaan.



namun begitu, pengkhususan saya adalah pada satu ipta saja. ipta yang dianggap kubu dan benteng terakhir orang melayu dalam bidan pendidikan tinggi. ipta yang dimaksudkan tidak lain lagi ialah UITM.

uitm kini telah ditembusi dan dirogoli oleh kader2 mereka dari setiap arah. atas nama usrah kader2 mereka bebas mencari pengaruh dikalangan anak muda yang ingin mengenal agama.hampir disetiap kolej kediaman telah berjaya mereka tembusi, tidak kira lelaki mahupun perempuan.dengan berumpankan kopiah putih dan berjubah mereka menarik anak muda kita secara senyap.anak muda ini pada awalnya memang diberi didikan agama namun secara halus unsur politik diselitkan dalam ajaran harian.

kebencian terhadap kerajaan terutamanya pada umno ditanam dan disemat. kerajaan tidak islamik..kerajaan korupsi..itulah yang disemat pada minda anak muda ini. sehingga mereka lupa atas jasa kerajaan ini yang membawa mereka ke menara gading.

soalnya apakah pihak pentadbiran tidak dapat mengesan ataupun terdapat banyak trojan horse di dalam pentadbiran uitm sendiri yang sanggup melihat anak muda ini di perkudakan.sampai bila ini akan berlaku..apa tindakan mereka..

salam perjuangan..

program pemuda : kursus pengurusan jenazah






pada 13 mac 2011 bertempat di surau darissalamah sungai berteh klang, pergerakan pemuda dun selat klang dengan kerjasama ahli jawantankuasa surau berkenaan telah menganjurkan kursus pengurusan jenazah peringkat dun selat klang di bawah program gerak dakwah 2011. program di kendalikan oleh fasilitator dari pihak pemuda dun dan tenaga pengajar ialahustaz ahmad safuan bin md nayan (unit dakwah JAIS). program mendapat sambutan hangat apabila dihadiri oleh 80 orang peserta dari seluruh dun selat klang.