Wednesday, February 3, 2010

pulau ketam...


semalam 3 februari 2010 pihak pejabat pendaftaran telah turun ke pulau ketam bagi menjalankan aktiviti permohonan mykad pada penduduk2 di kawasan itu..

sesi temuduga dan ujian dijalankan ke atas semua pemohon2 ini..inisiatif ini telah digerakkan oleh pihak mca parlimen kapar..seramai 184 pemohon terlibat dalam sesi kali ini..

sebelum ini sesi sebegini juga pernah dijalankan oleh pihak pejabat pendafatarn di dewan hamzah klang untuk masyarakat india yang digerakkan oleh mic kapar..

tapi apa yang ingin saya tegaskan dalam posting kali ini ialah sikap kedua2 kelompok ini..masyarakat di pulau ketam ini telah banyak menerima nikmat dari pihak kerajaan negeri b.n sewaktu memerintah dahulu..puluhan juta telah dihabiskan untuk menaik taraf hidup mereka..tetapi pada pru12 march 2008 dahulu satu tsunami telah melanda..

kesemua peti undi bagi dun selat klang kawasan pulau ketam telah dimenangi oleh pas..dimana silapnya??? nak dikatakan mereka tidak diberi perhatian sebelum pru 12 mereka telah diberi nikmat terbaru apabila projek kabel elektrik dasar laut bernilai 200 juta telah dimulakan untuk mereka..

projek bekaln air bersih juga telah lama direalisasikan di bawah pemerintahan b.n dan umno..apalagi yang mereka mahu??? bagi saya mereka telah lupa jasa baik umno dan b.n pada mereka sehingga mereka hanyut dibuai hasutan pakatan haram..

pun begitu mereka masih tidak dibiarkan oleh b.n..contoh terbaik ialah aktiviti pemerolehan mykad semalam yang di gerakkan oleh mca..kalau betul pakatan haram ingin menegakkan negeri kebajikan mengapa mereka tidak mengerakkan aktiviti ini lebih awal..

sedarlah wahai rakyat negeri selangor..apa yang dilakukan oleh pihak pakatan haram hanyalah retorik semata2..jika adapun hanya sekadar ingin memperoleh publisiti sahaja..

Sunday, January 31, 2010

buku...

salam..

posting ini saya tuju pada pemimpin2 dan pemikir2 dalam umno..
ingin saya bertanya mengapa begitu kurang sekali karya tulisan dari pihak umno ataupun pro umno yang berada di pasaran..sedangkan di pihak pembangkang terutama sekali pas dan dap punyai begitu banyak sekali hasil penulisan..

ini adalah realiti..jika kita jenguk di kedai2 buku..karya memuja dan memuji nik aziz si tok nujum saja sudah punyai puluhan judul..karya dari isterinya juga turut terjual..dari dap kita ada hasil karya dari lim kit siang dan guan eng..dari pkr kita ada zaid ibrahim..

perlu kita ingat senario politik yang mereka gambarkan dalam buku ini bukan hanya dibaca oleh rakyat malaysia sahaja..ia akan turut dibaca oleh orang luar..secara tidak langsung memberi gambaran buruk terhadap umno dan bn..

karya2 ringan seperti "memoir jihad anak melayu di afghanistan" karya zainon ismail atau cikgu non ini walapun pada tajuknya tidak menunjukkan sebarang bias politik tapi apabila di baca isinya menunjukkan bahawa hanya pas sahaja yang memperjuangkan islam dibumi melayu ini..dan umno dipotretkan sebagai kerajaan sekular yang kejam..

harapan saya ialah pemikir2 umno dan pemimpin2 umno sedar akan realiti ini..