Sunday, January 31, 2010

buku...

salam..

posting ini saya tuju pada pemimpin2 dan pemikir2 dalam umno..
ingin saya bertanya mengapa begitu kurang sekali karya tulisan dari pihak umno ataupun pro umno yang berada di pasaran..sedangkan di pihak pembangkang terutama sekali pas dan dap punyai begitu banyak sekali hasil penulisan..

ini adalah realiti..jika kita jenguk di kedai2 buku..karya memuja dan memuji nik aziz si tok nujum saja sudah punyai puluhan judul..karya dari isterinya juga turut terjual..dari dap kita ada hasil karya dari lim kit siang dan guan eng..dari pkr kita ada zaid ibrahim..

perlu kita ingat senario politik yang mereka gambarkan dalam buku ini bukan hanya dibaca oleh rakyat malaysia sahaja..ia akan turut dibaca oleh orang luar..secara tidak langsung memberi gambaran buruk terhadap umno dan bn..

karya2 ringan seperti "memoir jihad anak melayu di afghanistan" karya zainon ismail atau cikgu non ini walapun pada tajuknya tidak menunjukkan sebarang bias politik tapi apabila di baca isinya menunjukkan bahawa hanya pas sahaja yang memperjuangkan islam dibumi melayu ini..dan umno dipotretkan sebagai kerajaan sekular yang kejam..

harapan saya ialah pemikir2 umno dan pemimpin2 umno sedar akan realiti ini..

No comments: