Sunday, April 25, 2010

analisis awal prk-94 hulu selangor.


tepat jam 9.15 malam tadi di dewan serbaguna kompleks sukan pejabat daerah hulu selangor, pegawai pilihanraya hulu selangor, nor hisham ahmad dahlan mengumumkan kemenangan calon b.n p.kamalanathan dengan majoriti 1725 undi.

jumlah keseluruhan pengundi yang layak mengundi di hulu selangor ialah 64,500 orang. yang mana pecahannya ialah 34,020 melayu (52.7%),16,964 cina (26.3%),12,453 india (19.3%) dan kira2 1000 orang asli.

jumlah undi untuk b.n ialah 24,997 dan p.k.r 23,272. undi rosak 731. jumlah keseluruhan yang keluar mengundi ialah 49,000. secara keseluruhan peratus yang keluar mengundi ialah 75%. 51% undi telah dimenangi oleh b.n.

mengikut maklumat yang diperolehi, 80% undi di saluran peti undi majoriti pengundi cina atau lebih tepat lagi kampung baru cina telah dimenangi oleh zaid kuda mabuk. nampaknya mca perlu melakukan post mortem atas situasi ini kerana dari apa yang dilihat kampung-kampung baru cina adalah penerima utama kebanyakkan peruntukan semasa prk hulu selangor ini.selain dari mca, gerakan juga perlu terbabit.

tahniah diucapkan pada jentera umno yang berjaya menyapu bersih undi kawasan melayu. tahniah juga pada mic,ppp dan makhal sakthi yang berusaha keras memenangi semula undi kaum india untuk b.n.pengajaran yang diperolehi dari prk2 sebelum ini telah banyak mengajar jentera b.n dari segi gerak kerja yang dilakukan.

secara keseluruhan jentera b.n telah berkerja dengan baik sekali disokong oleh blogger-blogger jalanan yang terus membogelkan pakatan haram.diharapkan b.n dapat meneruskan momentum ini dan dapat bekerja lebih keras lagi untuk pru13.

akhir sekali pada datuk sri najib hargailah sokongan blogger-blogger jalanan ini pada b.n. janganlah usaha mereka ini dipandang sepi.pengaruh mereka pada rakyat terutama golongan muda amatlah mendalam sekali.

No comments: