Friday, August 15, 2008

terima kasih Tun..

esok tanggal 16 ogos 2008 tarikh keramat bagi Universiti Kuala Lumpur..

pada hari esok konvokesyen kali ke-5 bakal diadakan di Putrajaya international Convention Center (PICC)..

universiti kuala lumpur atau unikl ditubuhkan oleh kerajaan malaysia dan diletakkan dibawah naungan sepenuhnya mara pada 20 ogos 2002 kalau tidak silap aku..

ia ditubuhkan selepas uitm di naik taraf sebagai ipta dan diletakkan di bawah kementerian pengajian tinggi..

penubuhanya adalah dasar kesedaran kerajaan bahawa kurangnya jumlah profesional bumiputra dalam bidang kejuruteraan dan bidang2 berteknologi tinggi..

ia membuka peluang kepada anak2 bumiputra untuk menimba ilmu dalam bidang ini sebagai peluang kedua selepas ipta..

namun begitu unikl kini telah menjadi antara pilihan utama para pelajar yang berminat dalam bidang kejuruteraan..

kelebihan kami sebagai sebuah universiti terletak pada sistem pembelajarannya yang lebih mementingkan kemahiran dari duduk di dalam kelas..

hasilnya pelajar yang berkebolehan untuk bersaing dan bukan hanya mengharap pada keputusan peperiksaan yang cemerlang..

ia telah terbukti apabila hampir 90% pelajar unikl mendapat tempat dalam bidang industri pilihan mereka bukan saja didalam negara tapi juga luar negara...

ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Tun Dr. Mahathir kerana hasil dari buah fikiran beliau terbinanya universiti kami...

universiti kuala lumpur alma mater ku..

~the bastion of malay's~

~salam perjuangan~
A.D.A.M

No comments: